Dasar Penghantaran
Semua produk kami ialah produk digital. Tiada barang fizikal dihantar, dan tiada caj penghantaran.
1. Pelan Keluarga SahabatXpert TV
- Pelan diaktifkan secara automatik pada TV yang disambung ke akaun anda sebaik bayaran disahkan, biasanya dalam beberapa saat.
- Resit dihantar ke alamat e-mel yang anda berikan semasa membayar.
- TV perlu disambung ke internet untuk menerima pengaktifan.
- Jika pelan belum aktif dalam masa 24 jam selepas bayaran, e-mel [email protected] atau WhatsApp +60 17-994 9054 bersama resit anda. Jika kami tidak dapat mengaktifkannya, bayaran dipulangkan sepenuhnya mengikut Dasar Bayaran Balik.
2. Pemasangan app
- SahabatXpert TV dipasang sendiri oleh keluarga di TV, mengikut panduan di tv.sahabatxpert.my/pasang. Pemasangan percuma.
- SahabatXpert TV Ibu Bapa dan Kuiz Anak dimuat turun dari Google Play.
3. Pasang Penuh (RM59)
Pasang Penuh ialah sesi bantuan jarak jauh. Selepas bayaran, kami menghubungi anda dalam masa 2 hari bekerja untuk menetapkan masa sesi. Sesi dijalankan hanya apabila anda sendiri membuka akses di TV, dan anda boleh menutupnya bila-bila masa.
4. Kawasan perkhidmatan
Produk kami ditawarkan untuk pengguna di Malaysia.
5. Pembangunan aplikasi
Bagi projek pelanggan perniagaan, hasil kerja dan tarikh serahan mengikut sebut harga bertulis yang dipersetujui.